Hotel Football milik Giggs, Neville rugi RM14.3 juta

Hotel Football milik Giggs, Neville rugi RM14.3 juta

HOTEL Football yang berpangkalan di Manchester, dimiliki bersama Ryan Giggs dan Gary Neville.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hotel Football yang dimiliki bersama dua legenda Manchester United, Ryan Giggs dan Gary Neville rugi 3.2 juta pound (RM14.3 juta) sejak dua tahun lalu, malah terhutang lebih 10 juta pound (RM44.8 juta) dalam bentuk pinjaman.

Giggs memulakan perniagaan bersama Neville pada 2011 selepas bersara daripada bola sepak.

Kini, akaun tahunan per­niagaan mereka yang di­failkan ming­gu ini me­nun­jukkan hotel yang berpangkalan berhampiran Old Trafford, Manchester United itu kehilangan banyak tunai pada 2020 dan 2021 gara-gara pandemik Covid-19.

Nasib Giggs ibarat ‘jatuh ditimpa tangga’ kerana bekas pemain sayap Red ­De­vils paling digeruni itu juga akan mengetahui mengenai nasibnya minggu depan selepas menjalani perbicaraan berhubung dakwaan me­nyerang kekasih.

RYAN Giggs (kiri) dan Gary Neville.

Akaun syarikat yang memiliki Hotel Football, Old Trafford Supporters Club Ltd. kerugian 1.15 juta pound pound (RM5.15 juta) pada 2021 dan 2.04 juta pound (RM9.16 juta) pada tahun sebelumnya.

Neville berkata, lembaga pengarah tetap meneruskan dasar mereka untuk melabur dalam hotel bagi meningkatkan prestasi operasi serta mempromosikan jenama Ho­tel Football walaupun selepas pandemik.

“Barisan pengarah merasakan dalam apa jua kea­daan kualiti jenama dan harta yang mereka uruskan tidak boleh dikorbankan.

“Perniagaan akan kembali ke tahap prapandemik dan angka tahun ini (2022) adalah ‘sangat menggalakkan,” tegasnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN