Harimau Malaya lulus ujian

Harimau Malaya lulus ujian

HARIMAU Malaya dikecewakan oleh Tajikistan dalam perlawanan akhir Piala Raja Thai ke-48 selepas tumpas menerusi penentuan sepakan penalti 0-3 di Chiang Mai kelmarin. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia gagal menamatkan kemarau 44 tahun untuk menjulang Piala Raja Thai selepas dikecewakan Takijistan menerusi penentuan sepakan penalti kelmarin, namun era baharu Harimau Malaya di bawah Kim Pan Gon memberi harapan kepada penyokong untuk menantikan lebih banyak kejayaan.

Merampas kembali Piala AFF yang kali pertama dan terakhir dimenangi pada 2010 menjadi misi paling sempurna untuk dikejar Harimau Malaya di bawah sentuhan Pan Gon apabila kejohanan kembali, ­Disember ini.

Berjaya memberi tentangan hebat ketika seri 0-0 dengan pasukan ranking ke-109, Tajikistan sebelum kalah pe­nalti 0-3 meyakinkan Pan Gon bahawa ­pasukannya berada di landasan tepat untuk mencari ­lebih banyak keputusan positif.

Terdahulu, Malaysia yang tiba di Chiang Mai sebagai pasukan pa­ling lemah daripada segi ranking (No. 148 dunia) menumpaskan Thailand (kedudukan 111 dunia) dalam aksi pertama menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas perlawanan berakhir 1-1.

“Kami sudah menjangkakan ia akan menjadi perlawanan yang sukar.Tajikistan berada di ranking ­ke-109 dunia, fizikal mereka sangat kuat tetapi saya amat berbangga melihat sikap dan semangat pemain Harimau Malaya.

“Kami akan menilai semula pasukan ini sebelum membuat persiapan untuk menghadapi Piala AFF 2022 (dari 20 Disember hingga 16 Januari 2023),” kata Pan Gon sejurus tamat perlawanan.

Kali terakhir Malaysia ­merangkul Piala AFF adalah menumpaskan Indonesia secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir 2010.

Sejak itu, Harimau Malaya hanya dua kali melangkah ke final pada 2014 dan 2018, manakala dalam penampilan terakhir di Singapura tahun lalu mereka langsung tidak melepasi peringkat kumpulan hingga membawa kepada peletakan jawatan Tan Cheng Hoe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya