Hanya sehari berlatih bersama pun boleh raih emas

Hanya sehari berlatih bersama pun boleh raih emas

GANDINGAN Julfaddli Jali dan Gabriel Gilbert Daim meraikan kejayaan meraih pingat emas 3 meter papan anjal seirama Sukma 2022 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun hanya sempat berlatih selama sehari, atlet terjun Sabah, Gabriel Gilbert Daim dan Julfaddli Jali masih mampu membolot pingat emas dalam acara akhir 3 meter papan anjal seirama lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, semalam.

Hasil latihan yang cukup singkat itu Gabriel dan Julfaddli berupaya mengumpul markah tertinggi 317.37 mata untuk memenangi pingat emas.

Ternyata pengalaman yang dimiliki Gabriel selaku pemenang pingat perak Sukan Komanwel yang lalu bergandingan dengan Muhammad Syafiq Puteh berjaya membantu Julfaddli untuk turut mempamerkan persembahan yang mantap.

“Saya tidak pernah berlatih dengan Julfaddli sebelum ini, dia di Sabah, sementara saya di Kuala Lumpur bersama skuad kebangsaan.

PASANGAN Sabah, Gabriel Gilbert Daim dan Julfaddli Jali meraih pingat eemas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki pada Sukan Malaysia 2022 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, semalam. – UTUSAN/ AMIR KHALID

“Masa sehari yang kami ada itu saya manfaatkan untuk berlatih dengan Julfaddli. Bukan mudah sebenarnya untuk dapatkan persefahaman dalam acara seirama.

“Semasa berlatih saya ikut dia punya rentak kerana setiap penerjun ada cara berbeza ketika melakukan lompatan, ada yang lompat tinggi, ada juga lompat rendah,” kata Gabriel.

Pingat perak menjadi milik peserta Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi dan Yong Rui Jie yang mengutip 308.40 mata, manakala, Elvis Priestly dan Soh Tze Kang dari Sarawak meraih 303.84 untuk membawa pulang gangsa.

Sementara itu, dalam aksi akhir 10m platform seirama lelaki, giliran Sarawak meraih emas menerusi gandingan Elvis dan Jared Aiden (334.44 mata), manakala, Nurqayyum dan Rui Jie memenangi perak (329.82 mata) serta gangsa pula diraih Julfaddli dan Muhd. Anilrian (291.78 mata).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.