Federer menangis ketika ucap selamat tinggal

Federer menangis ketika ucap selamat tinggal

ROGER Federer (kiri) menangis selepas menamatkan perlawanan terakhirnya sebagai pemain tenis profesional, bergandingan dengan Rafael Nadal (kanan) dalam Piala Laver di London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Roger Federer menitiskan air mata ketika mengucapkan selamat tinggal kepada ‘perjalanan yang sempurna’ selepas menamatkan perlawanan terakhirnya sebagai pemain tenis profesional pagi tadi.

Gandingan Roger dan Rafael Nadal, yang menggalas cabaran Pasukan Eropah tumpas kepada 6-4, 6-7 (2/7), 9-11 kepada pasangan Pasukan Dunia, Frances Tiafoe-Jack Sock dalam aksi Piala Laver.

Kejohanan itu ibarat majlis perpisahan buat Federer, 41, yang tidak mampu menahan sebak sejurus menamatkan perlawanan berakhir, malah Nadal juga dilihat menangis.


ROGER Federer dijulang oleh rakan-rakan sepasukan selepas menamatkan perlawanan terakhirnya sebagai pemain tenis pada saingan Piala Laver. – AFP

“Ia menakjubkan. Saya tidak mahu ia terasa sunyi di luar sana.

“Saya rasa sunyi seketika apabila mereka beritahu saya untuk keluar, mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan. Saya sentiasa merasakan bahawa saya adalah seorang pemain berpasukan.

“Pemain perseorangan sebenarnya tidak melakukan banyak perkara tetapi saya mempunyai pasukan yang telah mengembara bersama saya di seluruh dunia.

“Ia sangat mengagumkan, jadi terima kasih kepada semua yang menjayakan ‘perjalanan sempurna’ saya selama bertahun-bertahun,” kata legenda tenis Switzerland itu.

Federer yang memiliki 20 gelaran Grand Slam sepanjang 24 tahun kariernya sebagai pemain tenis profesional kemudian memberi penghormatan kepada isteri dan ibu bapanya atas sokongan mereka.

“Ia memang terasa seperti perayaan…Ia adalah satu perjalanan yang menakjubkan,” kata bekas pemain No. 1 dunia itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya