Yogurt parfait masam manis

Yogurt parfait masam manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kita semua pernah berdepan dilema memilih menu yang ringkas tetapi berkhasiat, khususnya pada waktu pagi atau ketika bersahur. 

Dalam keadaan masa terhad dan selera belum benar-benar terbuka, pilihan makanan yang terlalu berat kadangkala kurang menyenangkan. 

Apa kata cuba yogurt parfait? Hidangan ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menawarkan gabungan rasa masam manis yang menyegarkan dan mengenyangkan.

 

Bahan-bahan:

-Greek yogurt atau yogurt kosong

-Granola atau granola bar

-Strawberi dan kiwi (atau buah-buahan pilihan)

-Mentega kacang tanpa gula (pilihan)

 

Cara penyediaan:

-Sediakan bekas yang bersesuaian. Mulakan dengan lapisan yogurt sebagai asas.

-Tambahkan granola, diikuti buah-buahan dan sedikit mentega kacang jika suka.

-Ulang susunan lapisan sehingga bekas penuh.

-Sejukkan sebentar sebelum dinikmati untuk rasa lebih menyegarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×