Disanjung jika menang, 'dipijak' apabila tewas

Disanjung jika menang, ‘dipijak’ apabila tewas

PEMAIN Harimau Malaya ketika menjalani latihan di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kritikan, tohmahan dan kecaman segelintir netizen terhadap pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya Mohamadou Sumareh dianggap keterlaluan.

Aksi hambar dipamerkan Sumareh ketika aksi final Piala Raja Thai, di Chiang Mai menyaksikan pemain kelahiran Gambia itu dikecam teruk oleh netizen biarpun sebelum ini dia menjadi salah seorang tonggak skuad negara membawa Malaysia menamatkan kemarau 43 tahun ke Piala Asia 2023.

Pemain naturalisasi ketiga negara Liridon Krasniqi turut berkongsi simpati ke atas Sumareh dengan menyifatkan status sebagai naturalisasi akan disanjung jika menang tetapi akan ‘dipijak’ selepas tewas.

“Kami rakyat Malaysia bila Menang, dianggap pendatang ketika kalah,” tulis Liridon di Story Instagram miliknya.

Pada kempen di Chiang Mai, pengendali kebangsaan Kim Pan Gon hanya menyenaraikan Sumareh manakala dua lagi pemain naturalisasi negara iaitu Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi gagal memikat hatinya.

Dalam pada itu, pemain tengah negara Safawi Rasid memohon segelintir penyokong tersebut menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Mana-mana sukan ada yang dapat kecaman, ada dapat pujian. Bagi saya Sumareh dapat tangani apa yang dia kena kecam.

“Bagi saya sebagai salah seorang ketua pasukan, saya rasa benda itu tak patut berlaku kepada Sumareh sebab kita bermain satu pasukan. Nak kecam, kecam semua. Nak puji, puji semua,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya