Alcaraz tamatkan perjalanan Tiafoe, mara ke final Terbuka AS

Alcaraz tamatkan perjalanan Tiafoe, mara ke final Terbuka AS

CARLOS Alcaraz kepuasan selepas menumpaskan Frances Tiafoe pada separuh akhir Terbuka AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bintang remaja sensasi Sepanyol, Carlos Alcaraz menamatkan ‘perjalanan indah’ pemain tuan rumah, Frances Tiafoe pada separuh akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam pertarungan epik 6-7 (6/8), 6-3, 6-1, 6-7 (5/7), 6-3, sebentar tadi.

Kemenangan dalam masa empat jam, 19 minit itu membolehkan Alcaraz, 19, menempah pertemuan dengan bintang Norway, Casper Ruud dalam perebutan kejuaraan dan takhta No. 1 dunia esok.

Ruud pilihan ketujuh kejohanan terdahulu mara selepas menyingkirkan jaguh Russia, Karen Khachanov 7-6 (7/5), 6-2, 5-7, 6-2.

Ini adalah final Grand Slam pertama Alcaraz tetapi yang kedua buat Ruud selepas Terbuka Perancis 2022, sekali gus membuktikan generasi baharu kini bersedia mengambil alih pentas tenis dunia.

Alcaraz juga muncul pemain lelaki termuda berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Grand Slam sejak, mengikuti jejak rakan senegaranya, Rafael Nadal yang mara ke final Terbuka Perancis 2005, juga pada usia 19 tahun.

“Sebaik sahaja melangkah ke separuh akhir Grand Slam, saya memberikan segala-galanya yang termampu dan berjuang untuk setiap pukulan,” kata Alcaraz, yang muncul pemain termuda mara ke final Terbuka AS sejak Pete Sampras pada 1990. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN