24 pasukan berentap dalam Kejohanan Little League

24 pasukan berentap dalam Kejohanan Little League

MEOR Azli Meor Mahmud (kanan) menyerahkan sumbangan bola kepada Mohd. Soufi Ibrahim sempena Pertandingan Pertandingan Liga Bola Sepak Tunas Malaysia Little League di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 24 pasukan akan berentap dalam Pertandingan Liga Bola Sepak Tunas Malaysia Little League B-14 dan 16 tahun Perak yang berlangsung di Ipoh selama dua hari mulai esok.

Pasukan-pasukan itu terdiri daripada sekolah-sekolah yang muncul juara di daerah masing-masing.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS), Mohd. Saufi Ibrahim berkata, juara akan mewakili Perak pada kejohanan kebangsaan yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) bulan depan.

“Kejohanan ini merupakan program pembangunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan peralatan daripada Perak FC di pejabat Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh wakil Perak FC, Meor Azli Meor Mahmud.

Mohd. Saufi berharap kerjasama dengan Perak FC itu akan dapat teruskan.

“Sebenarnya JBS mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak,”katanya.

Sementara itu, Meor Azli berkata, sumbangan itu sebagai memenuhi tanggungjawab sosial syarikat itu.

“XOX Berhad akan memberi bantuan termampu demi pembangunan sukan bola sepak di Perak,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya