Yob janji keselamatan terkawal di Ipoh

Yob janji keselamatan terkawal di Ipoh

PERAK yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Kelantan FC kelmarin akan menerima kunjungan JDT II malam esok. - IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan memberi keutamaan kepada keselamatan penonton yang hadir dalam semua perlawanan Bos Gaurus di Stadium Perak.

Jaminan itu diberikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berikutan kekecohan oleh penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Dalam insiden selepas perlawanan antara Kelantan dengan Perak itu, penyokong Perak terpaksa diiring keluar stadium oleh pihak polis.

Penyokong tuan rumah yang tidak boleh menerima kekalahan 1-2 Kelantan menimbulkan ketegangan termasuk merosakkan cermin dua bas Perak.

“Keselamatan adalah keutamaan kami, jadi kami akan memastikan keselamatan semua yang hadir setiap masa,” katanya dalam Facebook Perak Football Club FC hari ini.

Abdul Azim yang juga Pengerusi XOX Sdn. Bhd iaitu pemilik Perak FC berkata, kelab itu akan kekal profesional dan memastikan urus tadbirnya setaraf dengan statusnya.

Beliau gembira dengan kejayaan pasukan Bos Gaurus ke atas Kelantan The Red Warriors di Kota Bharu, Selasa lalu.

“Tahniah kepada skuad kerana mampu bertahan dan menang perlawanan di Kelantan.

“Alhamdulillah, nasib menyebelahi kita. Terima kasih atas sokongan kome dan kita jumpa di Pasir Gudang akhir minggu ini,” katanya merujuk pertemuan Perak-JDT II yang akan berlangsung esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya