Tuah iringi KL City ke final – Hodak

Tuah iringi KL City ke final – Hodak

PEMAIN KL City meraikan kejayaan melangkah ke final Piala AFC zon ASEAN di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh kelmarin. - IHSAN KL CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak menyifatkan kemaraan skuad bimbingannya ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 bersandarkan kepada nasib yang memihak pasukan.

Berdepan lawan yang mendominasi perlawanan sebaik wisel perlawanan dibunyikan dengan melakukan hampir 25 percubaan, ketahanan mental dan disiplin tinggi pemain Warga Kota sehingga 120 minit memastikan pemenang ditentukan dengan sepakan penalti.

“Saya berkata sebelum perlawanan Viettel adalah salah satu pasukan terkuat di rantau ini, tetapi kami menyekat mereka sepenuhnya, dan selama 120 minit mereka hanya melakukan satu percubaan ke gawang.

“Kami menyekat mereka sepenuhnya tetapi kami tidak menggunakan dua atau tiga peluang menerusi serangan balas.

“Penjaga gawang tuan rumah,Tran Nguyen Manh bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan pasukan.

“Perlawanan ini sangat sukar dan apabila ia datang kepada penalti, ada sedikit nasib,” ujar Hodak pada sidang media selepas perlawanan.

KL City FC mengesahkan tempat ke final selepas menyingkirkan kelab dari Vietnam, Viettel FC 6-5 menerusi sepakan penentuan penalti pada aksi di Stadium Thong Nhat, malam kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Hodak mengakui kekuatan Viettel namun tetap berbangga kerana anak didiknya tidak tunduk kepada tekanan.

“Secara individu saya berpendapat mereka lebih baik daripada kami, tetapi pasukan mempunyai semangat juang dan itulah cara kami menang dalam Piala Malaysia dan memasuki Piala AFC.

“KL adalah sebuah kelab kecil, tetapi bagi kami ini adalah keputusan yang besar, jadi kami berharap impian kami dapat diteruskan,” jelasnya.

Bagi pemain terbaik perlawanan, Romel Morales berkata, kerja berpasukan adalah kunci kejayaan The City Boys selain memuji rakan sepasukannya atas usaha gigih mereka di Stadium Thong Nhat.

“Ia kerja berpasukan, kami bersatu sebagai satu pasukan bersedia tentang cara kami mahu bermain permainan ini dan kami menunjukkan yang terbaik.
“Mungkin secara individu kami bukan yang terbaik tetapi kami lebih kuat sebagai satu pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya