The Jangs pamer watak pejuang

The Jangs pamer watak pejuang

PEMAIN Negeri Sembilan meraikan gol kemenangan yang disempurnakan Sean Selvaraj ketika menumpaskan Selangor 3-2 dalam saingan Liga Super di Petaling Jaya kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hadir dengan sasaran satu mata, namun sebaliknya berlaku apabila kemenangan terhasil memastikan Negeri Sembilan kini terus selesa berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super.

Ketinggalan 2-0, selain keputusan gol kedua yang sedikit kontroversi tidak melemahkan semangat The Jangs bangkit menjaringkan tiga gol untuk menewaskan Selangor  3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Pengendali Negeri Sembilan, K. Devan berkata, rekod tuan rumah yang tidak pernah kalah di laman sendiri memperlihatkan tugas sukar bakal dilalui anak-anak didiknya.

“Saya tidak mahu kalah dan rekod mereka (Selangor) di laman sendiri tak pernah kalah, jadi sasaran kami sekurang-kurangnya satu mata.

“Jaringan pertama pasukan adalah turning point, separuh masa kedua kami bermain secara menyerang.  Saya suruh pemain pada separuh masa kedua untuk turun menyerang. Kami tidak mahu bermain bertahan lagi.

“Separuh masa kedua, kita lebih bagus dari segi menyerang dan kami sangat bagus dalam bertahan. Para pemain mula mempercayai diri dan yakin untuk menang.

“Saya rasa gol ketiga adalah gol yang tidak dijangka pada hari ini. Saya rasa tuhan mahu kita menang hari ini. Tuhan mahukan kemenangan untuk Negeri Sembilan,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah berjaya mendahului pelawat dua gol tanpa balas pada separuh masa pertama hasil jaringan penyerang import, Herlison Caion pada minit kelapan dan Yazan Al-Arab minit ke-30.

Begitupun, melawan dan pejuang Hobin Jang Hobin jelas kelihatan di babak kedua apabila tiga gol terhasil menerusi Gustavo Dos Santos minit ke-66 dan 80 sebelum bekas pemain Selangor, Sean Selvaraj muncul wira meledak gol kemenangan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-88 untuk menewaskan penjaga gol lawan, Samuel Someville buat kali ketiga.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner mengakui punca kekalahan adalah disebabkan kelemahan dalam situasi bola mati.

“Ia bukan apa yang kita sangka dari Selangor FC. Kita harus bertahan melalui set pieces lebih baik. Gol terakhir sangat menyakitkan. Negeri Sembilan sangat berbahaya dalam set pieces,” tegasnya.

Kemenangan itu menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul 26 mata dan kekal di kedudukan ketiga, manakala Selangor di tangga keenam dengan 16 mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya