AS dijangka guna veto, halang Palestin anggota penuh PBB

AS dijangka guna veto, halang Palestin anggota penuh PBB

Pemandu lori merakam keadaan bahan makanan untuk misi kemanusiaan di Gaza yang dirosakkan oleh penunjuk perasaan Israel semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) sekali lagi diramalkan menggunakan kuasa veto bagi menghalang usul resolusi permohonan Palestin sebagai negara anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof, Dr. Mizan Mohamad Aslam berkata, resolusi yang diluluskan baru-baru ini adalah sokongan untuk membawa semula usul Palestin menjadi sebuah negara berdaulat, bukannya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

“AS akan gunakan kuasa veto mereka seperti sebelum-sebelum ini kerana Israel dan AS adalah gabungan sebuah negara yang mempunyai titik persamaan.

“Sekiranya usul tersebut dibawa, sudah pasti AS akan menggunakan kuasa veto mereka untuk membetulkan usul tersebut, tidak kira siapa yang menjadi presiden sama ada Donald Trump atau Joe Biden, mereka akan menjadikan polisi yang sama,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Majlis Ke­selamatan PBB mempertimbangkan resolusi permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan.

Resolusi itu telah mendapat sokongan majoriti iaitu 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali.

Sementara itu, geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr. Azmi Hassan berkata, Majlis Keselamatan PBB memerlukan sokongan tanpa kuasa veto untuk meluluskan permohonan ini.

“Kemasukan ahli baharu (Palestin) dalam PBB sebagai ahli penuh memerlukan 23 sokongan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan juga Majlis Keselamatan tanpa veto. Sekiranya AS berkecuali, permohonan ini akan diluluskan.

“Namun, AS masih berpegang kepada prinsip penyelesaian dua negara mengikut acuan mereka untuk menjadikan Palestin sebagai ahli PBB,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, gerakan protes dilancarkan oleh pelajar universiti di AS dilihat sebagai pendorong kepada universiti memutuskan hubungan bersama syarikat industri pertahanan tidak berkait rapat dengan permohonan usul Palestin itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×