Silva mahu tinggalkan City sertai Barca

Silva mahu tinggalkan City sertai Barca

BERNARDO SILVA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bernardo Silva bersedia meninggalkan Manchester City selepas melihat masa depannya sangat cerah dan mampu menjadi pemain seterusnya menyertai Barcelona.

Bintang tengah Portugal itu menjadi nadi penting dalam pasukan City yang memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh lima musim lalu.

“Hubungan saya dengan kelab sangat baik. Saya bersikap terbuka dengan mereka dan mereka tahu apa yang saya mahukan.

“Jika saya kekal, saya sangat gembira dan akan sentiasa menghormati kelab ini serta memberikan yang terbaik. Jika tidak, ia adalah bola sepak dan kita lihat sahaja apa yang berlaku.

“City adalah kelab besar dan mereka tidak mahu pemain yang tidak gembira di kelab ini. Mereka selalu berkata kepada kami semua bahawa jika anda tidak gembira, anda boleh pergi.

“Sudah tentu, perkara ini membabitkan perniagaan dan mereka mahukan jumlah wang yang sesuai untuk melepaskan kami,” kata Silva.

Bagi pengendali City, Pep Guardiola tidak akan menghalang Silva sekiranya pemain itu ingin meninggalkan juara EPL itu.

Bagaimanapun, City dilaporkan akan menuntut bayaran melebihi 80 juta pound (RM433 juta), di mana Barcelona akan bergelut untuk memenuhinya melainkan terdapat beberapa perpindahan penting dari Camp Nou.

Barcelona membelanjakan kira-kira 150 juta euro (RM685 juta) untuk mendapatkan Ro­bert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde, serta membawa masuk Andreas Christensen dan Franck Kessie secara percuma. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN