Sean akui gol tercantik pernah dijaringkan

Sean akui gol tercantik pernah dijaringkan

SEAN Selvaraj meraikan jaringannya ketika menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya, malam tadi. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjaring gol kemenangan Negeri Sembilan, Sean Selvaraj tidak menjangkakan mampu meledak gol menewaskan bekas majikannya, Selangor.

Masih menghormati Red Giants walaupun sudah bersama The Jangs, Sean turut menyifatkan jaringan ketiga yang dihasilkan ketika membenam Selangor 3-2 dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya malam tadi adalah yang tercantik pernah dilakukan sepanjang bergelar pemain bola sepak.

Bukan sahaja gol tersebut dihasilkan pada minit-minit terakhir, malah lebih istimewa jaringan tersebut antara tercantik sepanjang dalam kariernya selaku pemain bola sepak profesional.

” Saya pun tidak tahu apa sebenarnya berlaku dan sampai sekarang saya masih tidak percaya boleh lakukan jaringan sebegitu.

” Malah saya rasakan ini jaringan tercantik yang pernah lakukan sepanjang bermain bola sepak dan tidak mungkin saya akan lupa walaupun dalam latihan,saya pernah lakukan beberapa kali teknik jaringan sebegitu.

” Selangor sememangnya masih ada di hati saya walaupun terpaksa meninggalkan kelab ini namun menjaringkan gol di sini dengan suasana yang sangat meriah sebegini,memang begitu mengujakan.

” Terima kasih juga jurulatih yang bagi peluang dan memasukkan saya sebagai penyerang gantian kerana ini memang posisi yang saya sangat selesa.

” Harap dengan gol ini, nama saya akan kembali diingati apabila sedikit tenggelam pada awal musim selepas jaringan berdepan PJ City, ” katanya.

Sebelum Sean Selvaraj menjaringkan gol kemenangan, Gustavo Almeida terlebih dahulu memadamkan kelebihan dimiliki Selangor menerusi dua jaringan pada minit 66 dan 80.

Tuan rumah terlebih dahulu pada babak pertama menrusi Caion dan Yazan Abu Al-Arab masing-masing meletakkan Selangor, 2-0 di hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya