Ronaldo paling laju di United

Ronaldo paling laju di United

CRISTIANO Ronaldo (kanan) mendahului rakan-rakan lain ketika sesi latihan larian skuad Manchester United.– AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Biarpun tidak menyertai Manchester United untuk aksi pramusim ke Asia dan Australia atas sebab keluarga sebelum pulang bagi beraksi menentang Rayo Vallecano awal bulan ini, namun Cristiano Ronaldo masih mendahului pemain lain dari segi kecergasan.

Dalam sesi latihan ternyata faktor usia tidak menghalang Ronaldo,37, mengatasi pemain lain daripada segi kecergasan.

Ronaldo tidak diletakkan dalam kesebelasan utama selepas didakwa kurang cergas.

Walaupun Anthony Martial dalam proses pemulihan ke­rana kecederaan kecil, bintang Portugal itu masih diletakkan di bangku simpanan ketika mereka tewas 2-1 kepada Brighton dan masuk pada babak kedua.

Bos baharu, Erik ten Hag menjelaskan selepas itu bahawa keputusan berkenaan dibuat berdasarkan tahap kecergasan pemain itu.

Bagaimanapun imej dikongsi di akaun Twitter kelab ber­kenaan menunjukkan legenda Real Madrid itu sedang berada di tahap terbaik.

Red Devils terdesak untuk mendapatkan kemenangan apabila turun berdepan Brentford esok dan Ronaldo dijangka membarisi kesebelasan utama United.

United berkongsi gambar skuad itu dalam latihan dan ia menunjukkan Ronaldo menewaskan rakan sepasukan lain dalam ujian pecut.

Ten Hag mendedahkan Ahad lalu bahawa dia yakin kecergasan Ronaldo akan meningkat selepas dia tidak menyertai perlawanan pramusim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya