Perlawanan Kelantan-Perak kecoh, penyokong bergaduh

Perlawanan Kelantan-Perak kecoh, penyokong bergaduh

KEKECOHAN yang tercetus di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas tamat aksi Liga Perdana di antara Kelantan City dan Perak FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perlawanan Liga Perdana Malaysia antara Kelantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV petang tadi dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

Kejadian dipercayai bermula apabila sekelompok penyokong pasukan pelawat melakukan provokasi terhadap penyokong tuan rumah di sekitar penghujung perlawanan.

Insiden berkenaan telah membawa kepada situasi berbalas balingan objek sehingga memaksa penyokong Perak FC memasuki kawasan padang perlawanan dan berkumpul di hadapan gol.

Keadaan tidak terhenti di situ apabila kelompok penyokong Bos Gaurus dilihat meraikan kemenangan mereka di atas padang sambil sesetengahnya terus melakukan aksi provokasi ke arah penyokong Kelantan.

Suasana bertambah kecoh apabila penyokong Kelantan FC berkumpul di luar stadium sehingga memaksa pihak keselamatan bersama pasukan polis menahan penyokong-penyokong Perak di dalam kawasan stadium.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, penyokong Perak FC dipercayai masih terperangkap di dalam stadium kerana penyokong Kelantan FC membanjiri kawasan sehingga menutup laluan keluar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya