Kelantan United rehatkan Syamsul

Kelantan United rehatkan Syamsul

SYAMSUL Saad menjadi jurulatih terbaharu direhatkan dalam Liga Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan United FC, Syamsul Saad sah direhatkan daripada mengemudi pasukan itu sekaligus menjawab persoalan kelibat
pengendali berusia 46 tidak kelihatan ketika pasukan kendaliannya itu dikalahkan Terengganu FC II 2-3 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang tadi.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk merehatkan Syamsul sehingga suatu masa yang akan ditentukan kelak.

“Di Kelantan United, kita ada indeks prestasi utama (KPI) tertentu yang telah kita tetapkan.

“Dalam beberapa perlawanan baru-baru ini, kita lihat pasukan tidak mendapat keputusan memberangsangkan sekali gus gagal mencapai KPI ditetapkan,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Wan Zul Ikman memberitahu, buat sementara waktu jawatan tersebut akan digalas oleh penolong ketua jurulatih, Sazami Shafii.

Katanya, Kelantan United akan memutuskan siapa bakal menggantikan Syamsul sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu dalam masa terdekat.

“Walaubagaimanapun Syamsul masih bersama Kelantan United sehingga kontraknya tamat.

“Syamsul akan diletakkan di suatu bahagian yang akan ditetapkan oleh pihak kelab,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya