Harith Farhan catat masa keenam terpantas

Harith Farhan catat masa keenam terpantas

AKSI sebahagian pelumba semasa menyertai sesi kelayakan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Gong Badak, Kuala Nerus, petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Harith Farhan Baharin mencatat masa keenam terpantas pada sesi kelayakan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, di sini, petang tadi.

Pelumba harapan pasukan bagi kategori CP125 itu merekodkan masa 51.574 saat (s) dalam sesi kelayakan bagi Kumpulan B.

Seorang lagi wakil pasukan Tobaki Pink Racing, Saiful Azhary Muhamad pula mencatat masa terpantas peribadi 54.069s di kedudukan ke-14 dari Kumpulan A.

Catatan masa itu bagaimanapun belum cukup membawa kedua-dua pelumba ke pusingan ‘shoot out’, pagi esok, bagi merebut kedudukan petak 10 terbaik bagi perlumbaan sebenar di sebelah petang.

Hanya lima pelumba terpantas dari Kumpulan A dan B akan beraksi pada sesi ‘shoot-out’ di Litar Permotoran Terengganu itu nanti.

Sementara itu pelumba sandaran Tobaki Pink Racing bagi kategori Wira KBS, Danny Mikhail Khairul Fauzi mencatat masa ketujuh terpantas dalam sesi kelayakan dengan catatan 52.359s.

Irfan Danish Arfan dan Nur Dini Uzma Abdullah pula masing-masing di tempat kesembilan dan ke-10 selepas merekodkan masa 55.545s dan 55.573s di litar sepanjang 1.3 kilometer itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya