Harimau Selatan 'baham' Penyu menjelang final Piala FA

Harimau Selatan ‘baham’ Penyu menjelang final Piala FA

PENYERANG JDT, Bergson Da Silva (kanan) meledak gol ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) diberi amaran awal menjelang final Piala FA apabila tumpas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan JDT terus kebal di persada liga mengumpul 38 mata manakala TFC yang tewas buat pertama kali di laman sendiri kekal di tempat kelima dengan 17 mata.

Skuad Harimau Selatan bermula garang dengan Leandro Velazquez mula menguji kubu TFC menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti yang tepat ke arah penjaga gol pada minit ke-11.

Kurang seminit kemudian TFC melakukan serangan balas namun percubaan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim berpunca umpanan Kpah Sherman tersasar ke sebelah tepi.

PEMAIN Terengganu FC, Mohamad Hakimi Abdullah (kiri) diasak oleh pemain JDT dalam saingan Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Memasuki minit ke-29, bek kanan JDT, Matthew Davies membuat lontaran ke dalam yang tepat ke arah Bergson Da Silva namun rembatan pemain Brazil itu menggegar tiang gol.

JDT bagaimanapun sukar digugat setelah hantaran jauh Afiq Fazail disudahkan dengan sempurna oleh Bergson pada minit ke-31 untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu nyata sukar digugat apabila Fernando Forestieri melepasi kawalan dua pertahanan TFC sebelum melepaskan rembatan deras untuk gol kedua JDT pada minit ke-47.

MOHD. Faiz Nasir (kanan) diasak pemain JDT dalam aksi Liga Super malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Pemain gantian, Mohd. Hakimi Abdullah menghidupkan perjuangan TFC pada minit ke-51 hasil sepakan percuma menarik menewaskan Farizal Marlias dan mengubah kedudukan 1-2.

Kebangkitan diharapkan TFC tidak menjelma apabila tandukan Pape Diakite (m-70) dikeluarkan di atas garisan gol oleh Shane Lowry dan kedudukan kekal sehingga tamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya