Haaland dilakhirkan untuk 'meledak'

Haaland dilakhirkan untuk ‘meledak’

ERLING Haaland menebus kegagalan menyempurnakan sepakan penalti untuk meledak gol tunggal Manchester City di Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, Erling Halaand memang dilahir­kan untuk menjaringkan gol selepas bintang penyerang baharu nya membantu kelab membuka tirai Liga Perdana Inggeris de­ngan kemenangan selesa 2-0 ke atas West Ham semalam.

Haaland menjaringkan dua gol dalam aksi tersebut, walaupun pemain kelahiran Norway itu menganggap corak permainannya ‘agak buruk’ kerana terlepas hatrik.

“Dia di sini untuk lima tahun. Mudah-mudahan dia akan kekal untuk tempoh yang lebih lama lagi.

“Kami mahu semua pemain gembira dan selesa bersama pasukan. Kami mungkin me­minta dia (Haaland) melakukan lebih banyak gol lagi selepas ini.

“Dia seorang pemain yang mempunyai bakat luar biasa dengan jumlah jaringan yang bagus tetapi kami ingin sesuatu dalam permainannya untuk dia menjadi lebih baik.

“Kami mahu beri segala-galanya kepadanya kerana dia memang dilahirkan untuk menjaringkan gol,” kata Guardiola.

Guardiola yang tidak me­minta maaf kerana mengeluarkan Haaland pada separuh masa kedua turut menjawab secara sinis mengenai kritikan terhadap pemain berusia 22 tahun itu ketika kalah kepada Liverpool dalam Perisai Komuniti, minggu lalu.

“Seminggu lalu dia masih belum menyesuaikan diri dengan Liga Perdana. Kini dia menyertai bintang hebat se­perti Thierry Henry, Alan Shearer dan Cristiano Ronaldo,” katanya.

Menurut Guardiola, Haaland tenang dalam permainan dan latihan, termasuk ketika dikritik pada penampilan awal.

“Saya tahu bagaimana dia menangani banyak kritikan minggu ini, dia sangat tenang dan berlatih dengan baik.

“Cara dia mengambil bola semasa penalti, saya sukakannya,” katanya.

Dalam masa sama, Haaland pula berjanji untuk meningkatkan permainan selepas gagal menyempurnakan hantaran lintang Ilkay Gundogan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya