Bahang Piala AFF 2022 semakin terasa

Bahang Piala AFF 2022 semakin terasa

THAILAND merupakan juara terakhir Piala AFF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bahang Piala AFF 2022 sudah semakin dirasai dengan undian rasmi bakal berlangsung di Bangkok pada 30 Ogos ini.

Mitsubishi Electric Corporation tampil sebagai ‘tulang belakang’ baharu, sekali gus menyaksikan edisi ke-14 kejohanan bakal menampilkan 10 pasukan dengan format aksi di laman sendiri dan tempat lawan kembali digunakan.

Undian dibahagikan kepada dua kumpulan membabitkan lima pasukan dimana setiap pasukan akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat sendiri dan dua lagi perlawanan di tempat lawan.

Presiden AFF, Jeneral Major Khiev Sameth berkata pengumuman mengenai undian rasmi Piala AFF 2022 menjadi langkah ke depan yang signifikan terhadap penganjuran kejohanan.

MAMPUKAH Malaysia merampas kembali Piala AFF tahun ini?

“Kami percaya penyokong dan pasukan kebangsaan mereka turut berkongsi rasa keterujaan yang sama dengan kita.

“Undian ini akan menjadi titik permulaan kepada saingan bola sepak terbesar di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi Pengarah Urusan Asia Tenggara SPORTFIVE, Malcolm Thorpe pula, pihaknya tidak sabar untuk menjayakan satu lagi edisi Piala AFF yang lebih gemilang seperti tahun sebelum ini.

“Dengan hanya empat bulan lagi sebelum Piala AFF 2022 membuka tirainya, kejohanan ini pasti amat dinanti-nantikan oleh penyokong yang mahu menyaksikan pasukan mereka beraksi di atas padang.

“Kami akan bekerjasama dengan semua ahli gabungan AFF untuk menjayakan edisi kali ini.” katanya.

Pada edisi lalu yang berlangsung hujung tahun lalu sehingga awal tahun ini, Thailand merangkul kejuaraan keenam apabila menumbangkan Indonesia 6-2 secara agregat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya