Azeem ‘pegang’ 7 pesanan ibu bapa

Azeem ‘pegang’ 7 pesanan ibu bapa

MUHAMMAD Azeem Fahmi (dua, kiri) bersama bapa, Fahmi Tajuid (dua, kanan) serta ibunya, Norazah Ibrahim (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sentiasa berpegang teguh kepada tujuh pesanan ibu bapa menjadi rahsia kejayaan Muhammad Azeem Fahmi cemerlang dalam sukan serta akademik.

Bapanya, Fahmi Tajuid serta ibunya, Norazah Ibrahim sering mengingatkan Azeem bahawa perkara utama yang tidak boleh ditinggalkan pelari itu adalah solat, malah dia juga sering di­ingatkan agar tidak melengahkan solat.

“Kami juga sentiasa me­ngingatkan Azeem jangan tinggal membaca Al-Quran, hormat dan baik dengan semua orang, santuni mereka yang berbuat baik, sentiasa berdoa serta membantu mereka yang memerlukan dan sering merendah diri.

“Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas dari guru-guru dan jurulatihnya, Alhamdulillah nampaknya dia ikut pesanan kami itu,” kata Fahmi kepada Utusan Malaysia.

AZEEM Fahmi bergambar di Stadium Olimpico Pascual Guerrero, Cali, Colimbia, venue di mana dia memecah rekod 100m kebangsaan.

Semalam, Azeem melakar kejayaan sensasi pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia (bawah 20 tahun) di Cali, Colombia apabila memecah rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan kepantasan 10.09 saat (s).

Dia memadam catatan lama milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s yang dilakukan di Sukan Malaysia 2016.

Azeem yang sinonim dengan gelaran ‘Usain Bolt’ Malaysia juga cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Kecemerlangannya dalam su­kan dan akademik membolehkan atlet kelahiran Perak berusia 18 tahun itu mendapat dua tawaran melanjutkan pelajaran serta latihan di universiti yang berpangkalan di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

Kata Fahmi, yang merupakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hilir Perak, anaknya seorang yang amat tabah demi meme­nuhi visi berjaya dalam kedua-dua bidang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya