Azeem macam ‘pisang goreng panas’

Azeem macam ‘pisang goreng panas’

MUHAMMAD Azeem Fahmi (tengah) menerima sabutan wira sebaik sahaja tiba di KLIA, Sepang semalam. – UTUSAN/NOR LIYANA TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas cemerlang memecah rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali minggu lalu, Muhammad Azeem Fahmi menerima banyak tawaran dari universiti luar negara.

Tawaran itu bukan sahaja diterima kerana kecemerlangannya di trek, malah dia memiliki latar belakang akademik baik.

Azeem, 18, menegaskan buat masa ini dia masih memerlukan masa untuk berbincang dengan keluarga dan jurulatih bagi memikirkan universiti terbaik untuknya.

Sebelum ini, jaguh lari 100m itu dikhabarkan bakal me­nyambung pelajaran ke Universiti Houston, Amerika Syarikat yang baru sahaja melantik pemenang pingat emas Olimpik sembilan kali Sukan Olimpik, Carl Lewis sebagai ketua jurulatih olahraga.

“Kalau saya pilih Houston, salah satu sebab besar adalah kerana di sana ada komuniti Islam yang sangat besar dan sedikit sebanyak dapat membantu. Dari segi latihan pun, di sana lebih banyak menghasilkan pelari kelas dunia, salah seorang Shaun Maswanganyi.

“Baru-baru ini kita juga ada dapat tawaran dari Auburn University. Daripada segi akademik, mereka lebih bagus berban­ding universiti sukan lain, tetapi kalau di Houston, itu universiti yang dikenali dan ketua jurulatihnya juga bekas Olimpian, Carl Lewis.

MUHAMMAD Azeem Fahmi bergambar di Stadium Olimpico Pascual Guerrero, Cali, Colimbia, venue di mana dia memecah rekod 100m kebangsaan.

“Saya masih tak tahu nak cakap macam mana, semua universiti ada kelebihan tersendiri tetapi yang bermain di fikiran saya sekarang adalah Houston dan Auburn.

“Kedua-dua universiti ini ada dalam Divisyen 1, dan jika saya berjaya masuk ke divisyen itu, lebih mudah untuk saya menyer­tai kejohanan berharap dunia,” katanya sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Mengulas mengenai pencapaian atlet Thailand, Puripol Bonsoon yang turut mencatat 10.09s pada separuh akhir di Cali, Azeem berkata prestasi itu membuktikan Asia Tenggara mempunyai pelari pecut terbaik yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.