Australia terlalu gagah di Sukan Komanwel

Australia terlalu gagah di Sukan Komanwel

EMMA McKeon mengetuai penguasaan hebat Australia dalam acara kolam renang pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Australia menepati status gergasi sukan dengan muncul juara ­kes­eluruhan Sukan Komanwel 2022 selepas merangkul 67 pingat emas, 57 perak dan 54 gangsa, iaitu kejuaraan ke-14 buat negara tersebut.

Kali pertama negara itu muncul juara keseluruhan pada 1938 ketika Sydney) menjadi tuan rumah.

Ia diikuti pada 1950 (Auckland), 1962 (Perth), 1970 (Edin­burgh), 1974 (Christchurch), 1982 (Brisbane), 1990 (Auckland), 1994 (Victoria), 1998 (Kuala Lumpur), 2002 (Manchester), 2006 (Melbourne), 2010 (Delhi) dan 2018 di Gold Coast.

 

GIMNASTIK antara penyumbang pingat utama England di Birmingham.

Kejayaan tersebut juga me­nyaksikan Australia telah memenangi 1,001 pingat emas sepanjang penyertaan mereka sejak 1930.

Renang menjadi penyumbang terbesar Australia di Birmingham dengan menggondol 25 daripada 50 emas yang ditawarkan, diikuti basikal (trek) 11 emas dan olahraga (10).

RENANG menjadi penyumbang pingat emas terbesar Australia dengan menggondol 25 daripada 50 emas yang ditawarkan.

England memberi cabaran hebat kepada Australia apabila menamatkan temasya 11 hari itu dengan mengumpul 57 emas, 66 perak dan 53 gangsa untuk menduduki tangga kedua pungutan pingat keseluruhan.

Ia persaingan paling sengit antara England dan Australia sejak 1970 di Edinburgh, ­Scotland iaitu 84 dan 82 emas serta di Christchurch, New Zealand (80, 82)/

Kedudukan ketiga menjadi milik Kanada dengan 26 emas, 32 perak dan 34 gangsa, diikuti India (22-16-23) serta New Zealand (20-12-17).

Disertai 72 negara menyamai rekod Manchester 2002 iaitu angka terbanyak sepanjang penganjuran Sukan Komanwel.

Perenang Australia, Emma Mckeon muncul pemenang pingat emas terbanyak dalam sejarah Komanwel dengan me­ngumpul 20 emas sejak penampilan pertamanya pada 2014. Di Birmingham dia membawa pulang lapan emas.

BERBASIKAL trek turut menjadi penyumbang utama emas Australia.

Bagaimanapun, hanya empat rekod dunia mampu dilakarkan pada temasya itu, dua dalam acara renang dan satu masing-masing di pentas olahraga serta powerlifting.

Di kolam renang, rekod dunia diperbaharui kuartet 4×200 meter (m) rampaian lelaki Austra­lia dengan kepantasan 7 minit 39.29 saat (s) dan Katja Dedekind, juga dari Australia yang mencatat 26.56s bagi acara 50m gaya bebas S13 wanita.

Chiemerie Nwachukwu dari Nigeria pula melakukan balingan 36.56m untuk memecah rekod dunia lempar cakera wanita kelas F42.

Rakan senegara Nwachukwu, Alice Folashade Oluwafemiayo memperbaharui rekod powerlifting 86 kilogram dengan 155 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN