Solskjaer anggap Haaland sertai kelab Manchester yang salah

Solskjaer anggap Haaland sertai kelab Manchester yang salah

MANCHESTER City membawa masuk pemain sensasi Norway, Erling Haaland.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erling Haaland mendedahkan, Ole Gunnar Solskjaer menghantar mesej ‘nakal’ kepadanya untuk memberitahu dia telah menyertai ‘kelab Manchester yang salah’ selepas melengkapkan perpindahan sensasi bernilai 51 juta pound (RM268.3 juta) ke Manchester City.

Solskjaer yang dipecat oleh United pada November lalu menghabiskan hampir dua tahun melatih Haaland semasa mereka bersama di kelab Norway, Molde.

Penyerang muda itu menunjukkan kehebatan sejak menyertai Borussia Dortmund dengan meledak 85 gol dalam 88 perlawanan, sekali gus menjadi aset terhangat bola sepak Eropah.

Kini pada usia 21 tahun, Haaland melengkapkan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris untuk menyertai City selepas sebelum ini pernah menolak tawaran Solskjaer untuk menyertainya di Manchester United.

Dalam wawancara bersama Manchester Evening News, Haaland yang memakai jersi No.9 mendedahkan dia menerima mesej daripada bos lamanya sebaik sahaja diumumkan secara rasmi sebagai bintang City dengan kontrak lima tahun.

“Apabila saya menandatangani kontrak dengan City, dia mengucapkan tahniah dan menulis kepada saya ‘Semoga berjaya pergi ke pihak Manchester yang salah’.

“Kami kadang-kadang berhubung. Seperti yang anda tahu, dia mempunyai impak besar dalam kerjaya saya semasa saya di Molde. Dia seorang lelaki yang baik,” kata Haaland mengenai Solskjaer, yang merupakan bekas bintang penyerang United.

United cuba menandatangani Haaland pada Januari 2020 ketika dia masih menyarung jersi Red Bull Salzburg, namun penyerang tinggi lampai itu memilih untuk menyertai Dortmund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN