Serena kembali beraksi dalam Terbuka Cincinnati

Serena kembali beraksi dalam Terbuka Cincinnati

SERENA WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kurang sebulan selepas tersingkir pada pusingan pembukaan Wimbledon, Serena Williams akan kembali ke gelanggang dengan beraksi pada Terbuka Cincinnati, bulan depan.

Kejohanan itu dilihat sebagai platform pemanas badan terbaik buat legenda tenis dunia itu sebelum kembali ke pentas besar, Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Ogos nanti.

Pemilik 23 gelaran Grand Slam (perseorangan) itu turut disenaraikan untuk Terbuka Kanada bulan depan, menyertai barisan pemain bintang bakal beraksi dalam kejohanan di ge­langgang keras.

Serena, 41, yang juga juara 2014 dan 2015, menyertai kejohanan berdasarkan ran­king dunia dan bukan menerusi wildcard.

Bulan lalu, Serena ditunjukkan jalan keluar oleh pemain tidak ternama Perancis, Harmony Tan seawal pusingan pertama Wimbledon selepas kembali beraksi sejak setahun berehat.

Turut menyertai legenda AS itu di Cincinnati pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek dan bekas juara, termasuk Victoria Azarenka, Madison Keys, Garbine Muguruza dan Karolina Pliskova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN