Seluar pendek putih tidak sesuai ketika haid

Seluar pendek putih tidak sesuai ketika haid

JERSI serba putih yang dipakai pemain bola sepak wanita England membimbangkan mereka ketika ‘datang bulan’.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan bola sepak wanita England meminta Nike mempertimbangkan untuk me­nukar warna seluar pendek mereka kerana seluar putih adalah tidak praktikal semasa mereka ‘datang bulan’.

Penyerang Lionesses, Beth Mead berkata, seluar pendek serba putih yang digunakan ketika ini membimbangkan pemain bola sepak wanita semasa kitaran haid.

“Itu (kebimbangan terhadap seluar pendek) adalah sesuatu yang kami suarakan kepada Nike. Saya harap mudah-mudahan mereka akan menukarnya.

“Sangat bagus untuk memiliki kit serba putih tetapi kadangkala ia tidak praktikal apabila tiba masanya.

“Kami telah membincangkannya sebagai satu pasukan, dan kami telah menyampaikannya kembali kepada Nike,” ujar Mead, 27, yang menjaringkan gol tunggal semasa kemenangan England ke atas Austria kelmarin.

Atlet wanita yang memakai pakaian serba putih semasa haid adalah isu yang ditimbulkan sejak sekian lama, malah turut melibatkan sukan-sukan lain.

Bulan lalu, pemain tenis mempersoalkan peraturan Kelab All England mengenai pakaian serba putih untuk wanita yang bertanding di Wimbledon, terutama semasa haid mereka.

SEMUA pemain tenis yang beraksi di Wimbledon diwajibkan memakai baju serba putih.

Juara beregu dua kali, Rennae Stubbs mendedahkan dilema memakai gaun putih semasa haid adalah topik yang banyak dibincangkan.

“Anda sangat sedar untuk memastikan segala-galanya ‘baik untuk pergi’ sebaik anda berjalan di gelanggang.

“Ramai wanita mempunyai pad di atasnya atau memastikan anda mempunyai tampon yang lebih besar sebelum anda pergi ke gelanggang,” kata juara Wimbledon 2001 dan 2004. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya