Ronaldo, Sterling mampu jadi senjata ampuh Blues

Ronaldo, Sterling mampu jadi senjata ampuh Blues

ronaldo
CRISTIANO Ronaldo (kanan) dan Raheem Sterling dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Arsenal, Paul Merson percaya, Chelsea bakal memiliki senjata serangan ampuh jika berjaya menggandingkan Cristiano Ronaldo dan Raheem Sterling musim depan.

Blues bergelut di bahagian serangan sejak beberapa musim ini. Kehadiran Timo Werner serta Romelu Lukaku tidak banyak membantu biarpun mene­lan kos 150 juta Pound (RM794 juta).

Werner, 26, gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea selepas dua ­tahun tiba di Stamford Bridge menerusi perpindahan bernilai 53 juta Pound (RM280 juta) dari RB Leipzig.

Bintang Belgium, Lukaku, 29, kini kembali ke pangkuan ­­Inter Milan. Pemain ituditandatangani dari kelab Serie A tersebut dengan harga 98 juta pound (RM518 juta) juta, setahun lalu.

Sensasi

Chelsea dilaporkan sudah berbincang dengan Ronaldo. Ini bagi memastikan perpindahan sensasi dari Manchester menjadi kenyataan. Sekali gus membolehkan pemain berusia 37 tahun itu kekal beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara.

“Saya rasa dia mungkin tergoda untuk pergi. Kami ­dengar dia mahu bermain dalam Liga Juara-Juara jadi saya fikir itu mungkin berlaku.

“Saya fikir Chelsea akan mencapai situasi menang-menang dengan Manchester United, dan perpindahan perlu diselesaikan lebih awal.

“Sudah jelas United tidak akan berada dalam Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya sendiri sangat kecewa jika saya peminat ­United,” kata Merson.

Selain Ronaldo, pengendali Chelsea, Thomas Tuchel serius untuk mendapatkan Sterling daripada Manchester City bagi mengatasi isu serangan tumpul.

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly yang mahu memberi impak segera kepada kelab bersedia mengeluarkan dana yang besar.

City bersedia untuk membenarkan Sterling, 27, pergi dengan bayaran sekitar 50 juta pound (RM264 juta) kerana dia hanya berbaki setahun dalam kontraknya.

“Saya fikir Sterling akan menjadi pemain yang hebat di Chelsea. Saya hanya bimbang apa yang bakal berlaku terhadap City kerana mereka bakal menjual mesin gol.

“Sterling sentiasa berada di posisi terbaik. Dia tidak menolak sesiapa untuk menjaringkan semua gol.

“Ada seni dalam apa yang dilakukan dan dia akan menjadi kehilangan besar kepada City musim depan jika dia pergi,” kata Merson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya