Ronaldo mahu pergi tapi tiada kelab mahukan bintang Portugal itu?

Ronaldo mahu pergi tapi tiada kelab mahukan bintang Portugal itu?

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo mungkin terpaksa kekal bersama Manchester United selepas dua kelab gergasi Eropah, ­Chelsea dan Bayern Munich tidak lagi berminat mendapatkannya.

Situasi itu menyaksikan pemenang Ballon d’Or lima kali tersebut tidak mempunyai pilihan untuk mencari pasukan baharu.

Jika sebelum ini, bintang Portugal itu menjadi rebutan kelab-kelab gergasi Eropah, namun faktor umur menyaksikan ­Ro­naldo bukan lagi pilihan utama mereka.

CRISTIANO RONALDO

Ronaldo, 37, dilaporkan telah meminta untuk meninggalkan United selepas kegagalan Red Devils layak ke Liga Juara-Juara, selain gajinya terpaksa dikurangkan.

Chelsea antara kelab yang cuba memikat ­Ro­naldo menerusi ejen Jorge Mendes, manakala legenda Bayern, Lothar Matthaus menyifatkan perpindahan bintang itu ke Allianz adalah langkah ‘seksi’.

Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn mengesahkan kelab itu tidak berminat mendapatkan ­Ronaldo.

Chelsea pula sudah mencapai persetujuan untuk membawa masuk Raheem Sterling, sekali gus menyaksikan pintu untuknya ke Stamford Bridge hampir tertutup.

RAHEEM STERLING

“Saya menghargai Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang pemain terhebat tetapi perpindahan ke Bayern tidak sesuai dengan falsafah kami,” jelas Kahn.

Bagi mendapatkan Ronaldo, sesebuah kelab bukan sahaja perlu beraksi dalam Liga Juara-Juara tetapi membayar gaji yang tinggi.

Sekiranya, Liverpool atau Manchester City berminat serta berkemampuan mendapatkannya, ia tentu sekali tidak akan berlaku ke­rana akan mencemarkan ­legasi Ronaldo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN