Ketiadaan RUU pendanaan politik jadi persoalan

Ketiadaan RUU pendanaan politik jadi persoalan

AIRA AZHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dalam Kerangka Akauntabiliti Madani Fasa II menimbulkan persoalan terhadap kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan reformasi institusi secara menyeluruh.

Walaupun kerajaan menunjukkan komitmen berterusan terhadap reformasi, usaha tersebut dilihat masih belum lengkap tanpa pembaharuan dalam pendanaan politik, meskipun pelbagai inisiatif telah dicadangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari berkata, pendanaan politik merupakan teras kepada integriti tadbir urus demokrasi dan bukan sekadar isu sampingan.

Katanya, tanpa peraturan jelas berkaitan sumbangan politik, perbelanjaan kempen dan pendedahan, reformasi institusi berisiko digugat oleh ketidakjelasan dalam cara kuasa politik didanai dan dilaksanakan.

“Walaupun terdapat komitmen awam yang berulang, sehingga kini masih tiada garis masa perundangan yang jelas, draf rang undang-undang mahupun petunjuk bila ia akan dibentangkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketiadaan RUU tersebut dalam fasa semasa kerangka berkenaan merupakan satu pengabaian yang tidak boleh dipandang ringan.

“Walaupun kerangka ini menyediakan garis masa sehingga Ogos 2026, persoalan timbul sama ada terdapat jaminan bahawa RUU ini akan dibentangkan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata, IDEAS sebelum ini telah terlibat secara aktif dalam pelbagai sesi libat urus, perbincangan dasar serta usaha advokasi berkaitan reformasi pendanaan politik.

Katanya, kajian persepsi awam yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan sokongan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) turut menunjukkan terdapat gesaan supaya RUU tersebut dibentangkan.

“Namun, kami melihat terdapat jurang antara komitmen yang dinyatakan dengan pelaksanaan dasar sebenar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN