Semua sekolah sedia jadual cuci tandas bermula minggu hadapan - Anwar

Semua sekolah sedia jadual cuci tandas bermula minggu hadapan – Anwar

SETIAUSAHA politik Perdana Menteri, Mohd. Farhan Fauzi menerima replika cek, sumbangan kepada pelaja-pelajar B40 daripada wakil YTL Foundation, pada Majlis Himpunan Anak Pahang Madani, di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua sekolah menyediakan jadual mencuci tandas melibatkan murid dan pelajar.

Ia bagi memastikan kebersihan terjaga serta membentuk budaya tanggungjawab bersama.

Perdana Menteri berkata, jadual yang perlu dimulakan minggu hadapan itu melibatkan semua pelajar sekolah bagi memastikan kebersihan tandas dan melatih mereka dalam membentuk jati diri.

“Siapa kita, kita anak orang kayangan, kita anak orang golongan maha kaya, kita rakyat kalau orang biasa cuci kenapa anak-anak yang mempunyai semangat tidak tak boleh cuci tandas sendiri.

“Atok Anwar ini belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar tetapi semasa di sekolah saya ada jadual giliran tiap darjah, tiap kelas ada giliran untuk cuci tandas asrama dan tandas sekolah

“Jadi saya mahu Kementerian Pendidikan mulakan seperti itu, kita mahu latih anak-anak biar hormat kepada tukang cuci dan kita juga biasa cuci tandas kita,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Anwar berkata, di negara Jepun meskipun mempunyai teknologi tinggi dan jauh lebih maju namun pelajar disana telah memulakan jadual mencuci tandas di sekolah.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan akan terus memperkasakan pendidikan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Katanya, pada peringkat awal kerajaan akan menyediakan kemudahan infrastruktur AI kepada Institusi pengajian tinggi dan institusi pengajian Islam di kenal pasti di enam buah negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN