Prestasi Bunga Raya 7’s ‘okey’

Prestasi Bunga Raya 7’s ‘okey’

PEMAIN Afrika Selatan, Christie Grobbelaar (kiri) dicabar pemain Malaysia, Mohamad Shah Izwan Nordin pada perlawanan pembukaan Ragbi 7s pada Sukan Komanwel 2022 di Coventry Arena kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun tum­pas kepada pasukan handalan dunia, Afrika Selatan dan Scotland dalam dua aksi pembukaan ragbi tujuh sebelah (7’s) Sukan Komanwel Birmingham, namun skuad Bunga Raya memenuhi sasaran ‘mengurangkan margin kekalahan’.

Aksi yang berlangsung di Coventry Arena itu menyaksikan Malaysia kalah 0-46 kepada pasukan No. 1 dunia, Afrika Selatan sebelum tumpas 12-50 kepada Scotland pada hari pertama Kumpulan B.

Bekas pemain ragbi negara, Farid Rahman yang pernah bersaing dalam dua edisi Komanwel pada 1998 dan 2002 percaya, Malaysia sebenarnya telah mempamer peningkatan membanggakan berdasarkan corak permainan menentang dua lawan handalan dunia.

“Bertemu Afrika Selatan seperti yang kita tahu, pasukan paling kuat berbanding Fiji dan All Blacks tetapi saya kagum kerana pasukan kita dapat mengurangkan margin kekalahan kerana sebelum ini jika berlawan mereka, keputusan tidak akan lari 50 atau 60 mata.

“Saya ada dengar sasaran mereka sebelum bertolak ke Komanwel Birmingham adalah mengurangkan mata yang akan dihasilkan pihak lawan. Kita memang perlu akui kita akan kalah tetapi kita berjaya kurangkan mata pencapaian pasukan lawan.

PEMAIN negara, Ahmad Zulhilmi Azizad dicabar pemain Afrika Selatan, Ronald Brown dalam aksi pembukaan Sukan Komanwel. – AFP

“Mengenai Scotland pula, mereka juga pasukan hebat. Saya paling kagum Malaysia berjaya hasilkan dua try, padahal kita tahu pertahanan mereka kuat dan mereka semestinya akan menggunakan kelebihan badan besar untuk melanggar pemain kita.

“Ini bermakna, kualiti pemain kita sudah semakin baik dan bersedia ketika berdepan pasukan yang mempunyai fizikal lebih besar,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Farid yang kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar jurulatih ragbi dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pernah membantu pasukan kebangsaan memperoleh tempat ke-12 pada Komanwel 1998 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

PEMAIN Scotland meraikan kejayaan menumpaskan Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan B, Ragbi 7’s Sukan Komanwel 2022. – IHSAN RUGBY SCOTLAND

Mengulas mengenai ke­a­daan pemain, Farid turut optimis skuad kendalian di bawah jurulatih Saizul Hafifi itu beroleh pengalaman yang membina dalam temasya itu, meskipun Malaysia yang masih belum mempunyai stadium rasmi ragbi.

“Saya tengok pemain semakin matang sebab mereka semuanya merupakan projek kebangsaan untuk 2022 hingga 2026.

“Daripada segi fizikal, saya lihat otot mereka semakin tegap dan ini kita perlu berte­rima kasih kepada Majlis Sukan Negara yang banyak membantu membentuk siapa mereka sekarang,” katanya.

Dua kekalahan pertama menyebabkan Malaysia gagal me­langkah ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya