Peminat India paling ramai beli tiket Piala Dunia

Peminat India paling ramai beli tiket Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANAJI, India: India tidak pernah beraksi pada Piala Dunia tetapi itu tidak menghalang peminat negara itu merasai kemeriahan kejohanan bola sepak empat tahun sekali tersebut.

Ketika Piala Dunia 2018 di Rusia, 17,962 tiket diperuntukan kepada peminat India, menjadikan negara itu antara 20 teratas dalam senarai pembelian tiket.

Pada kejohanan di Qatar yang bermula 21 November ini, India dijangka menghantar ‘kontinjen’ terbesar memandangkan secara geografi rakyat negara itu hanya memerlukan penerbangan tiga hingga empat jam untuk ke Doha.

“Kami boleh mengesahkan India antara 10 negara teratas dalam tempoh jualan terkini tiket mengikut tempat tinggal.

“Secara keseluruhan, dalam semua fasa jualan, 23,573 tiket diperuntukan kepada peminat yang berpangkalan di India,” kata jurucakap Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa (FIFA).

Selain tuan rumah Qatar, 10 negara ter­atas dalam penjualan tiket berdasarkan negara kediaman mereka ialah Kanada, England, Perancis, Jerman, India, Arab Saudi,

Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

FIFA berkata, setakat ini 1.8 juta tiket telah dijual untuk Piala Dunia 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN