Peluang pemain golf remaja kembangkan bakat

Peluang pemain golf remaja kembangkan bakat

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker (tengah) ketika majlis pelancaran Jelajah Pembangunan Remaja Malaysia Srixon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf remaja di negara ini berpeluang untuk merasai pengalaman beraksi dalam kejohanan elit di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui Jelajah Pembangunan Remaja Malaysia Srixon yang dilancarkan secara rasmi semalam.

Jelajah Pembangunan Remaja Malaysia Srixon yang dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker itu dianjurkan oleh Dunlop Srixon Sports Asia dengan kerjasama Golf (Malaysia) Publications Sdn. Bhd.

Terdahulu, Pengarah Urusan Dunlop Srixon Sports Asia Sdn. Bhd., Takuya Ono dan Pengurus Besar Golf (Malaysia) Publications Sdn. Bhd., Andrew Ng memeterai perjanjian penganjuran Jelajah Pembangunan Remaja Malaysia Srixon.

Menurut Andrew, objektif utama penganjuran siri jelajah itu ialah untuk memberi pendedahan standard antarabangsa kepada pemain golf remaja dalam kejohanan-kejohanan yang akan disertai.

“Ia sekali gus menyediakan platform kompetitif tambahan untuk pemain remaja mengembangkan bakat mereka selain mewujudkan lebih banyak peluang mengumpul mata dalam Kedudukan Golf Amatur Dunia (WAGR).

“Siri jelajah ini juga akan membantu mereka menimba pengalamanan yang lebih luas dan memberi manfaat kepada mereka dalam kerjaya golf pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Siri Jelajah Pembangunan Remaja Malaysia Srixon dianjurkan mengikut program junior sedia ada dengan para pemain akan mendapat pelbagai kelebihan dengan penganjuran di venue di seluruh Malaysia.

Kejohanan akan dijalankan dengan pusingan 18 lubang sehari membabitkan tiga kumpulan umur untuk kategori lelaki dan wanita iaitu Kumpulan A berumur 15 hingga 18 tahun, Kumpulan B (13-44), Kumpulan C (10-12)

Kejohanan akan berlangsung di Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club, Selangor pada 27 hingga 29 September), Royal Perak Golf Club Perak (18-20 Oktober), Palm Resort Golf & Country Club, Johor (29 November-1 Disember) dan di Glenmarie Golf & Country Club, Selangor (13-15 Disember).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya