Ozil sertai Basaksehir selepas disingkirkan oleh Fenerbahce

Ozil sertai Basaksehir selepas disingkirkan oleh Fenerbahce

MESUT Ozil menyertai Istanbul Basaksehir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Langkah bintang Jerman, Mesut Ozil beralih ke Istanbul Basaksehir selepas kontraknya ditamatkan oleh satu lagi kelab Liga Super Turkiye, Fenerbahce.

Bekas pemain Real Madrid dan Arsenal itu menandatangani kontrak setahun bersama Basaksehir dengan pilihan untuk melanjutkannya 12 bulan lagi selepas itu.

Ozil masih mempunyai kontrak bersama Fenerbahce sehingga penghujung musim 2023-2024 tetapi disingkirkan daripada skuad utama selepas pengendali baharu, Jorge Jesus mengesahkan pemain tengah itu tiada dalam perancangannya.

Selepas sah meninggalkan naib juara Liga Turkiye musim lalu itu semalam, Ozil mengirimkan satu ciapan Twitter.

“Satu perkara yang tentang kehidupan adalah ia penuh dengan ketidakpastian. Perancangan kita, keinginan dan harapan kita tidak selalunya menuju ke arah yang kita inginkan.

“Saya mahu menempa kejayaan dan mendapat lebih peluang bermain bersama Fenerbahce yang sentiasa menjadi impian saya sejak kecil.

“Saya berterima kasih kepada komuniti di Fenerbahce dan penyokong atas sokongan yang sentiasa mereka berikan buat saya,” tulisnya.

Pemenang Piala Dunia 2014 itu melakukan 37 penampilan dan menjaringkan sembilan gol sepanjang satu setengah tahun bersama Fenerbahce. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN