Norrie yakin mampu tumbangkan Djokovic

Norrie yakin mampu tumbangkan Djokovic

CAMERON Norrie membalas pukulan pemain Belgium, David Goffin pada suku akhir Wimbledon di London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas melakar kejutan mara ke separuh ­akhir tenis Wimbledon, jaguh ­Bri­tain, Cameron Norrie tidak sabar untuk menentang Novak Djo­kovic dan menumbangkan juara bertahan itu esok.

Norrie, 26, menceriakan penyokong tuan rumah apabila menyingkirkan ­David Goffin dari Belgium 3-6, 7-5, 2-6, 6-3, 7-5 di depan Putera William dan isterinya, Kate Middleton.

Biarpun Djokovic bukan lawan mudah, malah tidak pernah kalah di All England Club sejak 2017, Norrie amat teruja untuk menentang juara enam kali itu.

“Saya fikir saya mampu menumpaskannya.

“Kali terakhir saya bermain dengannya, dia sangat bagus dan saya banyak belajar sejak itu.

“Saya rasa saya sudah merapatkan jurang dengan taktikal sedikit berbeza,” kata Norrie.

NOVAK DJOKOVIC

Ketika ditanya, apakah dia amat yakin mampu mengalahkan legenda Serbia itu, Norrie membalas: “Sudah pasti.

“Saya tidak sabar untuk menewaskannya dan melihat tahap yang mampu dibawakan berdepan saya nanti.”

Norrie merupakan pemain Britain pertama mara ke pusi­ngan empat terakhir sejak Andy Murray pada 2016

Sementara itu, Djokovic meneruskan misi memburu kejuaraan Grand Slam ke-21 ­selepas berhempas pulas ­menyingkirkan pilihan ke-10 dari Itali, Jannik Sinner.

Djokovic, 35, bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum menang 5-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-2.

“Ia memerlukan tenaga yang amat luar biasa untuk memenanvi perlawanan ini,” kata Djokovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya