Kelantan FC kembali 'gayat' di puncak liga

Kelantan FC kembali ‘gayat’ di puncak liga

AKSI pemain Kelantan FC (merah) ketika menentang UiTM FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu hari ini. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC kembali ‘gayat’ di puncak Liga Perdana meskipun meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas UiTM FC pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri buat kali pertama selepas enam bulan ‘berkelana’, skuad bimbangan Rezal Zambery Yahya berdepan tentetang sengit apabila berjaya diikat tanpa jaringan oleh lawan pada babak pertama.

Bersambung di babak kedua, Nurshamil Abd. Ghani hampir menceriakan kem tuan rumah apabila rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke 49 berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Mohamad Ab. Hamid.

Nurshamil terus menghadirkan mimpi ngeri buat ‘budak U’, bagaimanapun rembatan leretnya pada minit ke 51 sedikit tersasar.

Tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke -77 untuk menggembirakan hampir 2,000 penyokong Kelantan apabila sepakan percuma diambil Syed Sobri Syed Mohd dari jarak 25 meter terus menerjah masuk ke gawang gol UiTM FC.

Jaringan pembukaan itu menjadi ‘tonik’ buat The Red Warriors (TRW) apabila terus bernafsu untuk memburu jaringan tambahan.

Bagaimanapun, TRW mengendurkan serangan menuju minit-minit akhir perlawanan seakan-akan sudah berpuas hati dengan jaringan itu.

Gol Syed Sobri itu terus kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan meraih tiga mata sekaligus kembali menerajui tahkta liga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN