Keadaan rumput sangat ‘rumit’ – Swiatek

Keadaan rumput sangat ‘rumit’ – Swiatek

SEMUA pemain tenis yang beraksi di Wimbledon diwajibkan memakai baju serba putih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek masih mampu melebarkan rekod kemenangan ke-37 berturut-turut biarpun mengakui keadaan rumput ‘agak rumit’ ketika menyingkirkan Lesley Pattinama Ker­khove pada pusingan kedua tenis Wimbledon, semalam.

Bintang Poland itu menya­mai rekod kemenangan le­genda Switzerland, Martina Hingis pada 1997, sekali gus di landasan untuk merangkul kejuaraan Wimbledon buat kali pertama.

Swiatek, 21, yang memenangi Grand Slam pertamanya pada Terbuka Perancis 2020 sebelum menang di Roland Garros sekali lagi tahun ini, menyingkirkan pemain Belanda, Kerkhove yang bermula dari pusingan kelayakan 6-4, 4-6, 6-3.

“Saya harus mengatakan, keadaan rumput agak rumit. Saya tidak akan berbohong.

“Maksud saya, anda ­dapat melihat saya tidak cekap bermain dalam permukaan se­perti ini berbanding permukaan lain.

“Pada asasnya keyakinan saya semakin baik secara kese­luruhan tetapi kejohanan ini sangat sukar.

“Saya masih tercari-cari bagaimana hendak memberi permainan terbaik di sini,” kata Swiatek yang memerlukan lebih dua jam untuk menang.

Menanti Swiatek pada pu­singan ketiga nanti adalah pemain Perancis, Alize Cornet hari ini.

Terdahulu, Swiatek me­nyaksikan salah seorang pesaingnya yang juga naib juara Wimbledon 2021, Karolina Pliskova kalah mengejut kepada Katie Boulter dari Britain 6-3, 6-7 (4/7), 4-6. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN