Kami jaga Stadium Cheras dengan baik - Arcadin

Kami jaga Stadium Cheras dengan baik – Arcadin

Arcadin menjelaskan, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras mendapat pujian AFC ketika menjadi gelanggang perlawanan Kumpulan H, Piala AFC baru-baru ini. – IHSAN KL CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Arcadin Services Sdn. Bhd., Afizal Abu Othman menyangkal dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad bahawa pihaknya gagal menunaikan tanggungjawab sebaiknya hingga menimbulkan beberapa masalah ketika Piala AFC.

“Kalau stadium (Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur) ada masalah, AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) tidak akan luluskan perlawanan.

“Malah, kami dapat pujian daripada AFC kerana menyediakan kemudahan mengikut piawaian ditetapkan badan induk itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Afizal, pihaknya sendiri bekerjasama rapat dengan wakil AFC untuk menambah baik kemudahan di Stadium Cheras.

Dalam masa sama, bagi memastikan permukaan padang cantik dan tidak rosak, pihak­nya terpaksa menutup stadium selama tiga minggu bermula awal Jun lalu sebagai persediaan Piala AFC pada 24 Jun lalu.

“Kita sentiasa mengikut pia­waian ditetapkan AFC dan mereka sendiri luluskan penggunaan stadium untuk Piala AFC itu. Kalau betul ada masalah, saya rasa AFC tidak akan luluskan.

“Mungkin ada beberapa kelemahan kecil tetapi secara keseluruhan ia boleh dikatakan berjaya dan AFC sendiri mengiktiraf. Bukan kami mahu dipuji tetapi perlulah melihat secara keseluruhan,” katanya.

Afizal turut mendedahkan, sejak diberi tanggungjawab menjaga stadium itu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RM110,000 hingga RM120,000 dibelanjakan setiap bulan bagi menjaga kemudahan.

Dengan perbelanjaan yang dikeluarkan pihaknya bermakna, DBKL dapat menjimatkan hampir RM2 juta setahun.

Kelmarin, Khalid mendesak DBKL mengambil semula pegangan stadium dan menye­rahkan kepada KLFA atau KL City bagi menyelenggara venue tersebut selepas pihak swasta didakwa tidak serius dan hanya memikirkan soal perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN