Ferrer pertahan Nadal daripada tuduhan doping

Ferrer pertahan Nadal daripada tuduhan doping

RAFAEL Nadal ketika menjuarai Terbuka Perancis bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Legenda tenis Sepanyol, David Ferrer menyelar pihak yang menuduh Rafael Nadal menggunakan bahan terlarang ketika menjuarai Terbuka Perancis bulan lalu apabila pemain itu didapati menyuntik ubat kebas selama dua minggu berturut-turut untuk menghilangkan rasa sakit di kakinya.

Nadal berjaya untuk meraih kejuaraan Terbuka Perancis dan pelumba berbasikal Perancis, Guillaume Martin menuduh Nadal menggunakan bahan terlarang.

“Jika pelumba basikal melakukan perkara yang sama, ia jelas menjadi kesalahan. Tetapi jika ia tidak benar, orang ramai masih akan menuduh pelumba itu di bawah pengaruh doping kerana ia sudah menjadi satu tanggapan yang wujud dalam sukan berbasikal,” jelas Martin.

PELUMBA Perancis, Guillaume Martin menuduh Rafael Nadal mengambil bahan terlarang.

Ketua Agensi Anti Doping Dunia (WADA), Olivier Niggli dalam satu kenyataan menjelaskan Nadal bebas daripada melakukan sebarang kesalahan, dan bahan digunakan tidak berada dalam senarai yang dilarang.

“Ia adalah sesuatu yang dangkal, kerana mereka akan tetap lulus kawalan ujian yang telah ditetapkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti Doping (ADAMS).

“Bermain dalam keadaan menggunakan ubat kebas tidak bermakna akan beraksi dalam keadaan doping dan membuat sesuatu yang salah, tetapi ia adalah salah satu kaedah untuk menahan sakit, dimana pelumba basikal, pemain tenis atau mana-mana atlet akan melakukannya.

DAVID Ferrer (kiri) ketika beraksi menentang Rafael Nadal.

“Kadangkala ia adalah sesuatu yang pelik apabila atlet tanpa pengetahuan yang mendalam boleh bercakap mengenai perkara ini,” jelas Ferrer yang pernah tewas kepada Nadal dalam final Terbuka Perancis 2013.

Nadal dilaporkan mengalami sindrom Mueller-Weiss yang menyebabkan pemain Sepanyol itu merasa sakit yang kronik di kaki ketika beraksi sehingga terpaksa berehat selama lima bulan sejurus tamat aksi di Rolland Garros tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN