Empat negara bersaing jadi tuan rumah Piala Asia 2023

Empat negara bersaing jadi tuan rumah Piala Asia 2023

WINDSOR PAUL JOHN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan empat negara berminat membida untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 iaitu Australia, Korea Selatan, Indonesia dan Qatar.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, pihaknya akan membuat tinjauan di negara-negara berkenaan untuk melihat fasiliti dan segala persiapan.

Selepas fasa itu, laporan penuh akan diserahkan kepada Jawatankuasa Eksekutif AFC dan pada 17 Oktober nanti keputusan akan diumumkan.

“Ia baru langkah pertama iaitu hantar bidaan dan ada beberapa fasa lagi seperti nilai komersial, kewangan dan sebagainya sebelum tuan rumah akan dimuktamatkan.

“Pihak AFC akan pergi meninjau keempat-empat negara berkenaan dan selepas menilai keseluruhan, laporan penuh akan diserahkan kepada Jawatankuasa Eksekutif AFC sebelum keputusan diumumkan pada tarikh tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

AFC kembali membuka bidaan tuan rumah Piala Asia 2023 setelah China mengumumkan menarik diri susulan situasi semasa penularan Covid-19 di negara berkenaan pada Mei lalu.

Keputusan berkenaan nyata mengejutkan ramai pihak kerana kejohanan terulung di rantau Asia itu dijadualkan berlangsung pada Jun tahun depan atau Januari 2024.

“Kalau negara Qatar atau Australia berjaya bidaan itu maka tarikh kejohanan akan berlangsung pada Januari 2024. Sekiranya Korea Selatan dan Indonesia maka pertandingan berlangsung Jun 2023,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN