Djokovic jangkakan final ‘panas’ menanti

Djokovic jangkakan final ‘panas’ menanti

NOVAK Djokovic melepasi pusingan pertama Wimbledon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Novak Djokovic menjangkakan sambutan ‘panas’ menantinya dalam final Wimbledon menentang Nick Kyrgios hari ini selepas dia mengecewakan bintang kesayangan tuan rumah, Cameron Norrie pada separuh akhir semalam.

Pilihan utama dan juara bertahan itu bermula hambar apabila tewas 2-6 untuk memberi keceriaan kepada penyokong Britain.

Djokovic, 35, yang sinonim dengan permulaan perlahan bagaimanapun bangkit dengan aksi hebat untuk menyingkirkan Norrie 2-6, 6-3, 6-2, 6-4.

 

AKSI Cameron Norrie ketika membalas pukulan Novak Djokovic. – AFP

“Saya tidak bermula baik, dia (Norrie) bermain lebih bagus di set pertama.

“Cameron tidak rugi apa-apa. Dia bermain pada kejohanan terbesar dalam kariernya, dan sudah tentu beraksi di laman sendiri bukan mudah. Dia pemain yang hebat dan saya ­amat menghormatinya.

NOVAK Djokovic meraikan kejayaan menumpaskan Cameron Norrie pada separuh akhir Wimbledon semalam. – AFP

“Hari ini sangat panas, paling panas dalam kejohanan setakat ini. Saya agak sukar pada awal perlawanan sebab saya tidak menghayun bola selancar yang saya mahu.

“Cameron mendominasi ­permainan dan saya bernasib baik di set kedua berjaya ­mematahkan servisnya pada kedudukan 4-3.

“Dia terlepas beberapa peluang dan beri saya kesempatan untuk menguasai permainan.

“Apabila momentum berubah dan inilah signifikan terpen­ting di separuh akhir Grand Slam,” kata Djokovic.

NICK KYRGIOS

Mengulas pertemuan akhir menentang jaguh Australia, Kyrgios, bekas pemain No. 1 dunia dari Serbia itu meramalkan akan ada ‘bunga api’ di gelanggang.

“Kerja saya belum selesai tetapi satu perkara yang pasti, akan ada banyak ‘bunga api’ ­secara emosi buat kami.

“Ini adalah final Grand Slam pertama buat Nick, jadi dia ­pasti sangat teruja.

“Saya pula baru menewaskan pemain ‘kesayangan’ Britain, anda fahamlah situasinya,” katanya.

 

Djokovic menjadi pilihan untuk memburu kejuaraan Wimbledon ketujuh selepas menang pada 2011, 2014, 2015, 2018, 2019 dan 2021.

Kyrgios, 27, pula ke final tanpa perlu memerah keringat di separuh akhir selepas lawannya, Rafael Nadal menarik diri akibat kecederaan perut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN