BARCELONA: Cara Barcelona mengumumkan kontrak baharu yang ditandatangani Ousmane Dembele kontrak membuatkan peminat tidak berpuas hati dan bingung, malah mereka smempersoalkan bagaimana kelab mampu mengikatnya sehingga 2024 meskipun menghadapi masalah kewangan.
Perjanjian baharu Dembele itu didedahkan menerusi sebuah video yang memaparkan pemain berusia 25 tahun itu menulis tahun 2024 di papan putih.
Klip amatur tersebut menunjukkan pemain sayap itu berjalan ke papan putih yang tertera tulisan ‘Dembele 2022’, namun dia memadam No. 2 dan menukarnya kepada empat.
Mengambil pendekatan lucu, para peminat mengejek video itu dengan berkata: “Barca benar-benar menggunakan papan putih untuk mengumumkan perjanjian baharu.
Ini akan memecah belahkan kelab.”
Barcelona social dept: ‘We need a massive unveiling video for Ousmane Dembele’s new contract.’
Barcelona finance dept: ‘Afraid budgets are a bit tight this month.’
Barcelona social dept: ‘Right. Grab that pen, Ousmane.’ pic.twitter.com/w1DVrTgdNr
— Paddy Power (@paddypower) July 14, 2022
Ada peminat yang bertindak balas dengan mengatakan: “Barcelona sangat lemah, video pengumuman mereka hanya menggunakan papan putih.”
Tidak kurang juga ada peminat yang mentertawakan video itu dengan menyentuh isu dana kewangan: “Bajet agak ketat. Tak mengapalah, ambil pen dan tulislah.”
Perkara itu tidak berhenti seperti yang dibayangkan, malah mereka menambah: “Barca telah memecat ahli pemasaran mereka, Pedri sebenarnya yang mengambil video itu.”
?️@dembouz: ❝I'm very happy for the singing of this new contract. Barça has been the club of my life since I was a kid. I'm excited for this new season. I'm going to give it my all.❞ pic.twitter.com/YZnW0B4Ip0
— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 14, 2022
Kekurangan dana Barcelona bukanlah satu gurauan kerana kelab itu menghadapi masalah yang besar akibat hutang terkumpul yang melebihi 1.2 bilion pound (RM6.3 bilion).
Januari lalu, mereka sepatutnya membelanjakan hanya 82 juta pound (RM431.5 juta) untuk gaji, namun bil sebenar yang dibelanjakan adalah empat kali ganda.
Kelab itu bagaimanapun masih aktif dalam pasaran perpindahan pemain walaupun telah membelanjakan 55 juta pound (RM289.5 juta) untuk membawa Raphinha ke kelab itu sementara mereka tetap meneruskan minat untuk turut mendapatkan Robert Lewandowski.