Bukan lima tapi sembilan import dibenarkan dalam Liga M

Bukan lima tapi sembilan import dibenarkan dalam Liga M

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan pemain import dibenarkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas ia mendapat persetujuan kesemua pasukan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Kali Ke-3 yang diadakan di sini, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, biarpun setiap pasukan dibenarkan mendaftar sembilan import, namun hanya lima dibolehkan beraksi dalam satu masa.

Seorang lagi import dibenarkan untuk berada di bangku simpanan, sekali gus menyaksikan seramai enam pemain import boleh didaftarkan dalam satu perlawanan.

Katanya, perubahan struktur pendaftaran itu selaras dengan peraturan baharu yang diperkenalkan berdasarkan kriteria Piala AFC 2023.

“Sedia maklum, kuota pemain import Liga Malaysia menimbulkan sedikit percanggahan semasa di mana kelab yang tiada pasukan reserve hanya mempunyai lima import berbanding dengan kelab yang mempunyai pasukan reserve yang mempunyai peluang memilih sembilan pemain import setiap perlawanan.

“Juga dengan mengambil kira pertukaran terbaharu kuota pemain import yang dimaklumkan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) iaitu enam pemain import (5+1).

“MFL menetapkan format baharu pendaftaran sembilan pemain import ada diberikan kepada kesemua pasukan Liga Super bermula tahun 2023.

“Walaupun MFL akan mengikut ketetapan AFC dalam penggunaan enam pemain import, namun MFL masih kekal dengan hanya membenarkan lima pemain import di atas padang pada satu satu masa.

“Hanya ada tambahan seorang pemain di bangku simpanan bagi memastikan slot pemain tempatan di atas padang tidak terjejas,” katanya.

Kata Stuart, ia bakal memberi ruang buat setiap pasukan mempunyai lebih banyak pilihan bagi memantapkan lagi skuad untuk bersaing dalam perlawanan yang lebih banyak.

“Kami memahami bahawa perubahan tidak selalunya mudah tetapi kadangkala ia keperluan tidak boleh diabaikan.

“Kami berharap semua pihak yang berkepentingan terbuka kepada penstrukturan semula dan menyahut cabaran ini untuk mengembangkan bola sepak Malaysia ke arah tuntutan bola sepak moden,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN