Belum muktamad siapa jadi ketua pembangkang - Abdul Hadi

Belum muktamad siapa jadi ketua pembangkang – Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang (tengah) ketika hadir menyampaikan Kuliah Duha Khas pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan  Himpunan Alam melayu 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pelantikan ketua pembangkang di Parlimen belum diputuskan dan akan dibincangkan secara menyeluruh dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tempoh untuk membuat keputusan masih panjang memandangkan sidang Parlimen hanya berlangsung Jun ini.

Beliau berkata, keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan urusan dalaman PN terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Kalau soal ketua pembangkang, ia akan dibincangkan bersama semua pihak kerana melibatkan semua Ahli Parlimen pembangkang. PN bukan hanya Pas. Walaupun Pas parti terbesar dalam gabungan ini, kita tetap mengambil kira pandangan parti-parti lain,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Kuliah Duha Khas sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, perbincangan perlu dilakukan dengan teliti dan mengambil masa dan dijangka dapat diselesaikan sebelum sidang Parlimen akan datang.

“Kita akan ambil kira semua pandangan parti politik termasuk pandangan ahli Parlimen pembangkang sebelum membuat keputusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN