United tolak hasrat Barca dapatkan Maguire

United tolak hasrat Barca dapatkan Maguire

HARRY MAGUIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester Uni­ted menolak permintaan Barcelona untuk mendapatkan Harry Maguire sebagai sebahagian daripada perjanjian membawa Frenkie de Jong ke Old Trafford.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu berminat mendapatkan bek tengah England tersebut ke Camp Nou tetapi United tidak bersedia melepaskan pemain yang dibeli daripada Leicester pada 2019 dengan harga 80 juta pound (RM432 juta).

Pengurus baharu Red Devils, Erik Ten Hag juga berminat untuk bekerjasama dengan tonggak berusia 29 tahun itu biarpun pres­tasinya musim lalu sering menjadi sasaran kritikan.

Sebaliknya, bintang Belanda, De Jong pula ­bersedia untuk berpindah ke Old Trafford dalam perjanjian tunai 69 juta pound (RM373 juta).

Teng Hag dan De Jong pernah bergandingan bersama di Ajax dan pemain tengah berusia 25 tahun itu dilihat sebagai sasaran utama untuk memulakan era baharu.

United juga mengharapkan berita baik mengenai Christian Eriksen yang kini membuat keputusan antara mereka dan Brentford.

Sementara itu, Maguire ­gembira kekal di Old Trafford pada peringkat kariernya ini dan merasakan dia mempunyai banyak perkara untuk dibuktikan selepas musim sukar tahun lalu.

United menamatkan kempen dengan pungutan mata terendah Liga Perdana apabila mereka menamatkan kempen di tempat keenam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya