Penjara Kajang kembali jadi tumpuan

Penjara Kajang kembali jadi tumpuan

SITUASI terkini pekarangan Penjara Kajang.-UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG : Tiada sebarang kawalan pergerakan dikesan di Penjara Kajang susulan desas-desus bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa mendapat tahanan rumah hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa petugas media tempatan mula tiba di sekitar luar perkarangan pintu masuk utama penjara sejak pukul 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung perkara tersebut.

Selain itu, beberapa petugas penjara turut berada di hadapan pintu utama Penjara Kajang.

Setakat ini, pengamal media masih menunggu kenyataan rasmi hasil mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pagi ini.

Isu pengampunan Najib kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula setelah seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

Laporan itu turut mendakwa mesyuarat berkenaan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.

Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×