United bengang Chelsea cuba pikat Ronaldo

United bengang Chelsea cuba pikat Ronaldo

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester Uni­ted berang dengan laporan yang mengatakan Cristiano Ronaldo dipancing oleh Chelsea, malah kelab Liga Perdana Inggeris itu menegaskan, bintang Portugal tersebut bukan untuk dijual.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes yang dikatakan telah bertemu pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly mengenai kemungkinan perpindahan ke Stamford Bridge.

Masa depan Ronaldo menjadi bualan selepas Mendes turut mendakwa terdapat tawaran daripada Bayern Munich kerana bintang berusia 37 tahun itu kecewa penglibatan United dalam jendela perpindahan amat suram sejak pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus.

TINDAKAN ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes bertemu pemilik Chelsea, Todd Boehly menimbulkan kemarahan Manchester United.

“Cristiano bukan untuk dijual, kami mahu dan menjangkakan sepenuhnya dia akan bersama kami musim depan,” ujar sumber dalaman United.

United memberi peruntukan kewa­ngan besar untuk membawa Ronaldo kembali musim lalu de­ngan menawarkan kontrak dua tahun bernilai 500,000 pound (RM2.69 juta) seminggu.

Kepulangan Ronaldo sepatutnya menjadikan United juara, malah dia membalas harga tinggi yang dibayar Red Devils dengan muncul penjaring terbanyak kelab menerusi 24 gol.

Begitupun, United menduduki tempat keenam liga, 35 mata di belakang juara Manchester City, dalam kempen yang me­nyaksikan Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan Ralf Rangnick yang dilantik sebagai pengendali sementara gagal.

FRENKIE DE JONG

Ten Hag dipilih untuk mengembalikan kegemilangan United dengan beberapa pemain menjadi sasaran dibawa masuk memperkuatkan pasukan.

Begitupun, mereka enggan memenuhi permintaan Barcelona bernilai 80 juta pound (RM182 juta) bagi mendapatkan Frenkie de Jong.

Ronaldo menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2003 dan meninggalkan kelab itu enam tahun kemudian untuk menyertai Real Madrid menerusi perjanjian 80 juta pound (RM432 juta).
Dia berpindah ke Juventus sebelum kembali menyertai United untuk kembali menerajui serangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN