Shahidan cabar Muthu untuk jawatan Presiden KOM

Shahidan cabar Muthu untuk jawatan Presiden KOM

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) penggal 2022/2025 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 12 Jun ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Presiden.

Penyandang bagi jawatan Presiden KOM, Datuk SM Muthu akan dicabar dua calon lain termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas atlet olahraga, Norhayati Karim.

Ketika ini Shahidan merupakan Presiden Persatuan Olahraga Perlis (POAPs) manakala Norhayati menerima pencalonan daripada Persatuan Olahraga Perak (POP) bagi merebut jawatan nombor satu KOM itu

Shahidan bukanlah asing buat KOM apabila pernah menerajui badan induk itu pada 2006 hingga 2012 namun gagal mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan bagi penggal 2013-2015.

Muthu dipilih sebagai presiden baharu KOM bagi penggal 2019/2022 selepas menewaskan Datuk Karim Ibrahim yang juga penyandang jawatan ketika itu dengan kelebihan tiga undi.

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara Datuk Fadzil A Bakar dan Datuk Seri V. Pulanthiran.

Untuk jawatan naib presiden, Nurhayati sekali lagi dicalonkan untuk merebut jawatan berkenaan dan akan bersaing dengan lima calon lain iaitu Syamsul Bani Abdullah, Josephine Kang, Datuk R. Annamalai, Datuk Mark William dan Sallehuddin Satar.

Menurut Pegawai Pemilihan Jawatankuasa, Datuk V. Subramaniam, terdapat dua bantahan dibuat untuk kertas percalonan yang dibuka hari ini.

“Dua bantahan berkenaan akan diteliti terlebih mengikut syarat-syarat dan perundangan KOM. Saya akan membincangkan perkara ini dengan pihak jawatankuasa.

“Keputusan berkenaan perkara itu akan dibuat dalam masa sehari dua lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman calon yang bakal bertanding.

Difahamkan, antara bantahan yang diterima ialah membabitkan sama ada seorang calon boleh bertanding untuk dua jawatan dan satu lagi mengenai status calon sama ada sah atau tidak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya