Pandelela ke final Kejohanan Dunia

Pandelela ke final Kejohanan Dunia

Aksi Pandelela ketika peringkat separuh akhir 10m platform wanita di Kejohanan Dunia 2022 di Budapest.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Pandelela Rinong berjaya mara ke pentas akhir acara 10 meter (m) platform wanita pada Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary selepas menduduki tempat ketujuh pada aksi separuh akhir.

Ratu terjun negara itu berjaya meraih 313.15 mata pada peringkat separuh akhir yang berlangsung awal pagi tadi sekali gus layak beraksi pentas final yang dijadualkan berlangsung pada pukul 7 pagi esok waktu Malaysia.

Peringkat separuh akhir itu diungguli oleh juara dunia 2019 yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berumur 16 tahun, Chen Yuxi dari China dengan kutipan 427.00 mata.

Rakan senegaranya berumur 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo, Quan Hongchan berada di tempat kedua dengan mengutip 413.70 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada menduduki tempat ketiga dengan 336.30 mata.

Terdahulu, pada aksi kelayakan semalam, Pandelela berjaya menduduki tempat keempat daripada 32 penerjun untuk layak ke separuh akhir

Pandelela yang memenangi pingat emas Piala Dunia 2021 di Tokyo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun berjaya membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya